Mahir Masak Edisi AidilAdha bersama Chef Florence Tan

22 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mei 2026, telah berlangsung Kelas Mahir Masak Edisi AidilAdha bersama Chef terkenal Florence Tan yang menampilkan resepi masakan istimewa sempena sambutan AidilAdha. Dalam sesi ini, peserta berpeluang mempelajari cara penyediaan Daging Masak Ros, iaitu hidangan daging berempah yang manis, berlemak dan popular sebagai juadah kenduri seperti perayaan, serta Kuih Bongkong, iaitu kuih tradisional yang lembut dan manis berasaskan santan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali